Syarat Perkhidmatan

Terakhir dikemaskini pada 13hb Disember 2019. Terma Perkhidmatan ini (di mana, berserta dengan Terma Perniagaan di bawah, adalah “Terma”) berkuat kuasa dengan serta-merta untuk pengguna yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan tanpa Akaun atau mereka yang mendaftar Akaun pada atau selepas 13hb Disember 2019 dan akan berkuat kuasa pada 31hb Januari 2020 untuk pengguna dengan Akaun sedia ada. Untuk menyemak terma-terma sebelumnya, sila klik di sini.

HARAP MAKLUM: TERMA-TERMA INI TERMASUK PERUNTUKAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN (LIHAT SEKSYEN 13) YANG, DENGAN PENGECUALIAN TERHAD, MEMERLUKAN BAHAWA (1) TUNTUTAN YANG ANDA BAWA TERHADAP YELP DISELESAI OLEH ARBITRASI INDIVIDU, TERIKAT DAN (2) ANDA MELEPASKAN HAK ANDA UNTUK MEMBAWA ATAU MENYERTAI DALAM APA-APA TINDAKAN ATAU PROSIDING KELAS, KUMPULAN, ATAU BERWAKIL. 

Kesemua terma ini mengawal akses anda dan penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda, termasuk yang ditawarkan menerusi laman web, acara-acara, komunikasi (misalnya e-mel, panggilan telefon dan mesej teks) dan aplikasi mudah alih kami (secara kolektif, “Perkhidmatan”). Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju kepada Terma-terma ini, yang membentuk satu kontrak secara sah dengan: (i) Yelp Inc., sebuah perbadanan Delaware dengan ibu pejabatnya yang terletak di San Francisco, California, melainkan jika anda adalah merupakan penduduk bagi mana-mana negara di Kawasan Ekonomi Eropah (iaitu EEA) atau Switzerland; atau (ii) Yelp Ireland Ltd., sebuah syarikat liabiliti berhad yang ditubuhkan dan bermastautin di bawah undang-undang Republik Ireland, jika anda merupakan penduduk bagi mana-mana “EEA atau Switzerland, “Yelp” bermaksud Yelp Inc. atau Yelp Ireland Ltd., yang mana berkenaan. Jangan akses atau gunakan Perkhidmatan ini jika anda tidak mahu atau tidak boleh terikat kepada Terma-terma ini. Untuk maklumat lanjut mengenai dasar-dasar dan peraturan kami berkenaan kepada Perkhidmatan, sila klik di sini.

  1. TAKRIFAN
    1. Pihak.Andamerujuk kepada diri anda sebagai pengguna Perkhidmatan. “Pengguna” ialah seseorang yang mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini, dalam apa jua cara. “Kami” merujuk kepada Yelp dan anak-anak syarikatnya.
    2. Kandungan.Kandungan” bermaksud teks, imej, gambar, audio, video dan semua bentuk data atau komunikasi yang lain. “Kandungan Anda” bermaksud Kandungan yang anda hantar melalui atau berkaitan dengan Perkhidmatan, seperti rating, ulasan, gambar, video, pujian, jemputan, daftar masuk, undian, aktiviti menambah rakan dan mengikut, mesej langsung dan maklumat yang anda sumbang dalam profil pengguna anda atau anda cadangkan untuk halaman perniagaan. “Kandungan Pengguna” bermaksud Kandungan yang dihantar oleh pengguna, melalui, atau berkaitan dengan Perkhidmatan. “Kandungan Yelp ” bermaksud Kandungan yang kami cipta dan sediakan berhubung dengan Perkhidmatan. “Kandungan Pihak Ketiga” bermaksud Kandungan yang berasal daripada pihak-pihak selain daripada Yelp atau penggunanya, yang disediakan berhubung dengan Perkhidmatan. “Kandungan Perkhidmatan” bermaksud semua Kandungan yang disediakan berhubung dengan Perkhidmatan, termasuk Kandungan Anda, Kandungan Pengguna, Kandungan Yelp dan Kandungan Pihak Ketiga.
    3. Laman dan Akaun. “Laman Pengguna” bermaksud laman web pengguna Yelp (www.yelp.com dan domain berkaitan) dan aplikasi mudah alih. “Akaun Pengguna” bermaksud akaun yang anda wujudkan untuk mengakses atau menggunakan Laman Pengguna. “Akaun Perniagaan” bermaksud akaun yang anda wujudkan untuk mengakses atau menggunakan Yelp untuk laman web Pemilik Perniagaan (biz.yelp.com dan domain berkaitan) dan aplikasi mudah alih. “Akaun” bermaksud apa-apa Akaun Pengguna atau Akaun Perniagaan.
  2. PERUBAHAN KEPADA TERMA-TERMA
    Kami boleh mengubah suai Terma-terma dari masa ke semasa. Versi terkini Terma boleh didapati di sini. Anda memahami dan bersetuju bahawa akses atau penggunaan Perkhidmatan oleh anda adalah dikawal oleh Terma ini, berkuat kuasa pada masa anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan. Sekiranya kami membuat perubahan material terhadap Terma ini, kami akan memaklumkan anda melalui emel, menyiarkan notis di Perkhidmatan, dan/atau melalui kaedah lain sebelum tarikh kuat kuasa perubahan. Kami juga akan menyatakan tarikh terakhir perubahan tersebut dibuat di bahagian atas halaman ini. Anda perlu menyemak semula Terma ini secara kerap kerana anda akan terikat kepada versi yang telah diubah. Anda memahami dan bersetuju bahawa akses atau penggunaan berterusan Perkhidmatan oleh anda selepas tarikh kuat kuasa perubahan Terma menandakan penerimaan anda kepada perubahan tersebut.
  3. TERJEMAHAN
    Kami mungkin menterjemahkan Terma ini kepada bahasa-bahasa lain untuk kemudahan anda. Namun demikian, versi Bahasa Inggeris akan menentukan hubungan anda dengan Yelp dan sebarang percanggahan antara versi-versi berbeza akan diselesai berdasarkan versi Bahasa Inggeris yang disediakan di sini.
  4. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN
    1. Kelayakan. Untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, anda perlu mempunyai kuasa yang diperlukan untuk menerima Terma ini. Anda tidak boleh mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini jika anda ialah pesaing Yelp atau jika kami telah menyekat anda dari Perkhidmatan atau menutup Akaun anda sebelum ini.
    2. Kebenaran untuk Menggunakan Perkhidmatan. Kami membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan ini, tertakluk kepada Terma ini. Penggunaan Perkhidmatan adalah mengikut risiko anda sendiri, termasuk risiko yang anda mungkin didedahkan kepada Kandungan yang menyinggung, lucah, tidak tepat, mengganggu, tidak lengkap, gagal memberi amaran yang secukupnya tentang bakal risiko atau bahaya, atau sebaliknya tidak sesuai.
    3. Ketersediaan Perkhidmatan. Perkhidmatan boleh diubah suai, dikemas kini, mengalami gangguan, digantung atau ditamatkan pada bila-bila masa, tanpa notis atau liabiliti.
    4. Akaun. Anda perlu mewujudkan Akaun dan memberi maklumat tertentu tentang diri anda untuk menggunakan beberapa ciri yang ditawarkan melalui Perkhidmatan. Anda bertanggung jawab untuk mengekalkan kerahsiaan kata laluan Akaun anda. Anda juga bertanggung jawab atas semua aktiviti berkaitan dengan Akaun anda. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan serta-merta tentang sebarang penggunaan Akaun anda yang tidak dibenarkan. Kami berhak untuk menutup Akaun anda, pada bila-bila masa, atas sebarang sebab atau tanpa sebab.
      Akaun Pengguna anda hanyalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial, dan anda tidak boleh membuat atau menggunakan Akaun Pengguna untuk orang lain selain diri sendiri. Kami meminta anda untuk memberikan maklumat yang lengkap dan tepat tentang diri anda apabila membuat Akaun bagi mempertingkatkan kredibiliti anda sebagai penyumbang kepada Perkhidmatan. Anda tidak boleh menyamar sebagai orang lain, memberi alamat emel selain alamat emel sendiri, membuat pelbagai Akaun, atau memindahkan Akaun Pengguna anda kepada orang lain tanpa kebenaran terdahulu daripada Yelp.
    5. Komunikasi daripada Yelp dan Lain-Lain. Dengan mengakses atau menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada pengguna lain dan Yelp melalui Perkhidmatan, atau melalui apa-apa cara lain seperti emel, pemberitahuan tolak, mesej teks (termasuk SMS dan MMS), dan panggilan telefon. Komunikasi ini mungkin mempromosi Yelp atau perniagaan yang tersenarai di Yelp, dan mungkin dimulakan oleh Yelp, perniagaan yang tersenarai di Yelp, atau pengguna lain. Anda selanjutnya memahami bahawa komunikasi boleh dihantar menggunakan sistem panggilan telefon automatik, dan anda mungkin dikenakan bayaran oleh pembekal perkhidmatan telefon anda untuk komunikasi tertentu seperti mesej SMS atau panggilan telefon. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan serta-merta sekiranya nombor telefon yang anda berikan kepada kami telah ditukar atau diputuskan. Harap maklum bahawa sebarang komunikasi, termasuk panggilan telefon, dengan Yelp atau dibuat menerusi Perkhidmatan itu boleh dipantau dan dirakamkan untuk tujuan kualiti.
      Anda boleh pilih keluar komunikasi tertentu di sini.
  5. KANDUNGAN
    1. Tanggung jawab terhadap Kandungan Anda. Anda bertanggung jawab ke atas Kandungan Anda, dan setelah disiarkan di Yelp, ia tidak selalunya boleh dikeluarkan. Anda menanggung semua risiko yang berkaitan dengan Kandungan Anda, termasuk kebergantungan sesiapa terhadap kualiti, ketepatan atau kebolehpercayaan kandungan tersebut, dan sebarang risiko yang berkaitan dengan maklumat peribadi yang anda dedah. Anda menyatakan bahawa anda memiliki atau mempunyai kebenaran yang diperlukan untuk menggunakan dan membenarkan penggunaan Kandungan Anda seperti yang diterangkan di sini. Anda tidak boleh membayangkan bahawa Kandungan Anda ditaja atau disokong oleh Yelp, dalam apa jua cara.
      Anda mungkin mendedahkan diri anda kepada liabiliti jika, sebagai contoh, Kandungan Anda mengandungi bahan yang palsu, mengelirukan dengan sengaja, atau berunsur fitnah; melanggar mana-mana hak pihak ketiga, termasuk apa-apa hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, paten, rahsia dagangan, hak moral, hak privasi, hak publisiti, atau sebarang hak harta intelek atau proprietari lain; mengandungi bahan yang menyalahi undang-undang, termasuk ucapan kebencian yang haram atau pornografi; mengeksploitasi atau sebaliknya membahayakan golongan bawah umur; melanggar atau menyokong pelanggaran sebarang undang-undang atau peraturan; atau melanggar Terma ini.
    2. Hak Kami untuk Menggunakan Kandungan Anda. Kami boleh menggunakan Kandungan Anda dalam beberapa cara, termasuk dengan memaparkannya secara umum, memformat semula, menggabungkannya dalam iklan dan bentuk kerja lain, mencipta kerja derivatif daripadanya, mempromosikannya, mengedarkannya dan membenarkan pihak lain untuk melakukan perkara sama yang berhubung dengan laman web dan platform media mereka (“Media Lain”). Oleh yang demikian, anda dengan ini, memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik kepada kami, untuk hak menyeluruh, berterusan, bukan eksklusif, bebas royalti, boleh diserah, boleh disublesen dan boleh dipindahkan bagi menggunakan Kandungan Anda untuk sebarang tujuan. Sila maklum bahawa anda juga memberi kebenaran yang tidak boleh ditarik balik kepada pengguna Perkhidmatan dan Media Lain untuk mengakses Kandungan Anda yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan dan sebarang Media Lain. Akhir sekali, anda memberi penepian yang tidak boleh ditarik balik, dan punca untuk mengetepikan, terhadap Yelp dan penggunanya, sebarang tuntutan dan dakwaan hak-hak moral atau pembahagian hak yang berkenaan dengan Kandungan Anda. Perkataan “penggunaan” bermaksud menggunakan, menyalin, melaksanakan dan memaparkan secara umum, menghasilkan semula, mengedar, mengubah suai, menterjemah, memadam, menganalisis, mengkomersialkan dan menghasilkan kerja-kerja derivatif daripada Kandungan Anda.
    3. Pemilikan. Antara anda dan Yelp, anda memiliki Kandungan Anda. Kami memiliki Kandungan Yelp, termasuk tetapi tidak terhad kepada antara muka visual, ciri-ciri interaktif, grafik, reka bentuk, kompilasi (termasuk tetapi tidak terhad kepada pemilihan kami, penyelarasan, agregasi dan susunan Kandungan Pengguna dan Kandungan Perkhidmatan yang lain), kod komputer, produk, perisian, rating bintang beragregat dan semua unsur dan komponen lain Perkhidmatan kecuali Kandungan Anda, Kandungan Pengguna dan Kandungan Pihak Ketiga. Kami juga memiliki hak cipta, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, nama dagangan, rahsia dagangan dan hak intelek dan proprietari lain di serata dunia yang berkaitan dengan Kandungan Yelp dan Perkhidmatan yang dilindungi oleh undang-undang hak cipta, rupa dagangan (trade dress), paten, tanda dagangan dan rahsia dagangan serta semua hak dan undang-undang intelektual dan proprietari yang lain. Oleh yang demikian, anda tidak boleh menjual, memberikan lesen, menyalin, menerbitkan, mengubah suai, penghasilan semula, mengedar, mencipta kerja derivatif atau adaptasi, memaparkan secara umum atau dalam apa jua cara menggunakan atau mengeksploitasi sebarang Kandungan Yelp secara keseluruhan atau sebahagian, kecuali seperti yang dibenarkan secara jelas oleh kami. Melainkan jika dinyatakan secara nyata dan jelas dalam ini, kami tidak memberi anda sebarang hak yang nyata dan tersirat, dan semua hak dalam dan kepada Perkhidmatan dan Kandungan Yelp adalah disimpan oleh kami.
    4. Pengiklanan. Yelp dan pemegang-pemegang lesen boleh memaparkan secara umum iklan, kandungan berbayar dan maklumat lain yang berhampiran atau berkaitan dengan Kandungan Anda. Anda tidak layak untuk sebarang pampasan bagi iklan-iklan tersebut. Cara, mod dan tahap pengiklanan tersebut adalah tertakluk kepada perubahan, tanpa notis khusus kepada anda.
    5. Lain-lain. Kandungan Pengguna (termasuk mana-mana yang mungkin telah dihasilkan oleh pengguna yang diambil bekerja atau diberi kontrak oleh Yelp) tidak semestinya menggambarkan pendapat Yelp. Kecuali seperti yang diperlukan oleh undang-undang, kami tiada apa-apa obligasi untuk menyimpan atau memberikan kepada anda salinan Kandungan Anda dan kami tidak menjamin apa-apa kerahsiaan berkaitan dengan Kandungan Anda. Kami berhak untuk memadam, menapis, mengedit atau memulihkan kembali Kandungan Pengguna mengikut budi bicara mutlak kami atas sebarang sebab atau tanpa sebab, dan tanpa notis kepada anda. Sebagai contoh, kami boleh memadamkan ulasan jika kami percaya bahawa ia melanggar Garis Panduan Kandungan kami. Kecuali yang selaras dengan program Pengesahan Lesen Yelp, Yelp tidak akan cuba untuk mengesahkan mana-mana lesen yang dimiliki oleh perniagaan tempatan atau wakilnya, dan pengguna perlu membuat pertanyaan mengenai lesen-lesen berkenaan secara terus dengan perniagaan itu. Perniagaan-perniagaan yang lesennya telah disahkan oleh Yelp akan mempunyai satu lencana “Lesen Disahkan” dipamerkan di laman perniagaan Yelp mereka.
  6. TEMPAHAN DAN URUS NIAGA
    1. Secara umum. Anda boleh mengakses ciri-ciri melalui Perkhidmatan, yang membolehkan anda untuk menempah dan berurus niaga secara dalam talian dengan perniagaan-perniagaan tempatan, seperti membuat tempahan restoran atau perkhidmatan spa, memesan penghantaran makanan atau menjadualkan janji temu. Ciri-ciri ini mungkin disediakan oleh rakan kongsi pihak ketiga Yelp, termasuk melalui iframe atau format yang serupa, dan penggunaannya mungkin dikawal oleh terma-terma berbeza atau tambahan yang disampaikan kepada anda sebagai sebahagian daripada proses tempahan atau urus niaga. Sila maklum bahawa rakan kongsi pihak ketiga tersebut dan/atau perniagaan tempatan yang berurus niaga itu bertanggung jawab sendiri untuk memenuhi tempahan dan urus niaga tersebut.
    2. Pembayaran dan Pembatalan. Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat kad kredit bagi mengesahkan tempahan dan akan dikenakan sebarang caj yang berkenaan, termasuk bayaran pembatalan atau tidak hadir selaras dengan dasar pembatalan perniagaan tempatan yang berurus niaga, yang diberikan semasa tempahan. Anda bersetuju bahawa Yelp boleh memudahkan sebarang bayaran dan caj tersebut bagi pihak perniagaan tempatan yang berurus niaga.
    3. Kupon. Sebarang kupon yang mungkin dikeluarkan oleh Yelp, untuk digunakan berhubung dengan Perkhidmatan, tidak boleh dipindah milik (kecuali dikehendaki oleh undang-undang), tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau sebarang pertimbangan lain, dan akan tamat tempoh secara automatik dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas tarikh ia dikeluarkan, melainkan dinyatakan sebaliknya. Jika Akaun anda ditamatkan, anda tidak akan dapat menggunakan sebarang kupon yang belum tamat tempoh atau belum digunakan, dan kupon-kupon tersebut akan ditamatkan secara automatik dan tidak boleh ditebus, melainkan dikehendaki oleh undang-undang.
  7. PERWAKILAN DAN WARANTI
    Kami tiada apa-apa obligasi untuk menguatkuasakan Terma bagi pihak anda terhadap pengguna lain. Walaupun kami menggalakkan anda untuk memberitahu kami jika anda percaya bahawa pengguna lain telah melanggar Terma, kami berhak untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya menurut budi bicara mutlak kami.
    1. Anda menyatakan dan menjamin bahawa:
      1. Anda telah membaca dan memahami Garis Panduan Kandungan kami;
      2. Anda telah membaca dan memahami Dasar Privasi kami. Jika anda menggunakan Perkhidmatan ini di luar Amerika Syarikat, anda memberi kebenaran untuk data peribadi anda dipindahkan dan diproses di Amerika Syarikat; dan 
      3. Sebelum menghadiri mana-mana acara yang tersenarai dalam Perkhidmatan, anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Acara kami.
    2. Anda juga menyatakan dan menjamin bahawa anda tidak akan membantu,  menggalakkan atau membolehkan orang lain menggunakan Perkhidmatan untuk:
      1. Melanggar Terma kami, termasuk Garis Panduan Kandungan serta Terma dan           Syarat Acara;
      2. Menghantar sebarang ulasan yang palsu atau berunsur fitnah, berdagang ulasan dengan orang lain, atau memberi pampasan kepada seseorang atau diberi pampasan untuk menyiarkan, tidak menyiarkan atau memadamkan ulasan;
      3. Melanggar sebarang hak pihak ketiga, termasuk sebarang pelanggaran keyakinan, hak cipta, tanda dagangan, paten, rahsia dagangan, hak moral, hak privasi, hak publisiti atau sebarang hak harta intelek atau proprietari lain;
      4. Mengancam, menghendap, membahayakan atau mengganggu orang lain, atau menggalakkan ketaksuban atau diskriminasi;
      5. Mempromosikan perniagaan, atau acara atau usaha komersial lain, atau sebaliknya menggunakan Perkhidmatan untuk tujuan komersial, kecuali berkaitan dengan Akaun Perniagaan selaras dengan Terma Perniagaan;
      6. Menghantar emel kelompok, kaji selidik atau mesej kelompok yang lain, sama ada bersifat komersial atau tidak; melibatkan diri dalam menghantar spam kata kunci atau sebaliknya cuba memanipulasi keputusan carian Perkhidmatan, mengulas Perisian Cadangan (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Perniagaan di bawah), atau mana-mana laman web pihak ketiga;
      7. Mendapatkan maklumat peribadi daripada golongan bawah umur, atau menghantar pornografi;
      8. Melanggar mana-mana undang-undang berkenaan;
      9. Mengubah suai, menyesuaikan, mengambil, menghasilkan semula, mengedar, menterjemahkan, mencipta kerja derivatif atau adaptasi, memaparkan secara umum, menjual, berdagang atau dalam apa jua cara mengeksploitasi Perkhidmatan atau Kandungan Perkhidmatan (selain daripada Kandungan Anda), kecuali yang dibenarkan secara jelas oleh Yelp;
      10. Menggunakan apa-apa robot, lelabah, aplikasi carian/dapatan semula Perkhidmatan, atau peranti, proses atau cara automatik lain untuk mengakses, mendapatkan semula, menyalin, mengikis atau mengindeks mana-mana bahagian Perkhidmatan atau mana-mana Kandungan Perkhidmatan, kecuali untuk yang dibenarkan secara jelas oleh Yelp (sebagai contoh, seperti yang diterangkan di http://www.yelp.com/robots.txt;
      11. Melakukan kejuruteraan balikan untuk mana-mana bahagian Perkhidmatan, melainkan undang-undang berkenaan melarang sekatan ini, di mana anda bersetuju untuk memberi kami notis bertulis 30 hari terdahulu di sini;
      12. Memadam atau mengubah suai mana-mana hak cipta, tanda dagangan atau hak proprietari lain yang terdapat pada mana-mana bahagian Perkhidmatan atau pada mana-mana bahan yang dicetak atau disalin daripada Perkhidmatan;
      13. Merekod, memproses atau melombong maklumat tentang pengguna;
      14. Mengakses, mendapatkan semula atau mengindeks mana-mana bahagian Perkhidmatan bagi tujuan membina atau membentuk pangkalan data ulasan perniagaan yang boleh dicari;
      15. Memformat semula atau membentuk mana-mana bahagian Perkhidmatan;
      16. Mengambil sebarang tindakan yang mengenakan atau mungkin mengenakan bebanan besar yang tidak munasabah atau tidak seimbang, mengikut budi bicara mutlak kami, pada infrastruktur teknologi Yelp atau sebaliknya membuat tuntutan trafik Perkhidmatan yang berlebihan;
      17. Melakukan cubaan untuk mendapatkan akses yang tidak sah kepada Perkhidmatan, Akaun, sistem komputer atau rangkaian yang bersambung dengan Perkhidmatan melalui penggodaman, perlombongan kata laluan atau sebarang cara lain;
      18. Menggunakan Perkhidmatan atau sebarang Kandungan Perkhidmatan untuk menghantar apa-apa virus komputer, cecacing, kerosakan, kuda Trojan, kod hasad, perisian intip, perisian hasad atau item-item lain yang bersifat pemusnah atau berbahaya;
      19. Menggunakan apa-apa peranti, perisian atau rutin yang mengganggu fungsi sebenar Perkhidmatan, atau sebaliknya cubaan untuk mengganggu fungsi sebenar Perkhidmatan;
      20. Menggunakan Perkhidmatan untuk melanggar keselamatan mana-mana rangkaian komputer, memecahkan kata laluan atau kod penyulitan keselamatan; mengganggu keselamatan atau sebaliknya menyebabkan bahaya kepada Perkhidmatan atau Kandungan Perkhidmatan; atau
      21. Memadam, mengabaikan, menyahdayakan, merosakkan atau sebaliknya mengganggu mana-mana ciri Perkhidmatan yang berkait dengan Keselamatan, ciri-ciri yang menghalang atau menyekat penggunaan atau penyalinan Kandungan Perkhidmatan, atau ciri-ciri yang menguatkuasakan had berkenaan penggunaan Perkhidmatan.
  8. DASAR DAN TERMA TAMBAHAN
    1. Pertikaian Hak Cipta dan Tanda Dagangan. Anda bersetuju untuk mengikut Dasar Pelanggaran kami untuk memaklumkan kami tentang pertikaian hak cipta dan tanda dagangan berkenaan Kandungan Pengguna. Anda bersetuju yang kami boleh mengemukakan sebarang pemberitahuan yang dihantar mengikut Dasar Pelanggaran kami kepada pengguna yang menghantar Kandungan Pengguna yang berkenaan.
    2. Terma Tambahan. Penggunaan Perkhidmatan oleh anda adalah tertakluk kepada mana-mana dan semua terma, dasar, peraturan, atau garis panduan tambahan yang kami siarkan atau paut daripada Perkhidmatan (“ Terma Tambahan”). Dengan ini, semua Terma Tambahan tersebut digabungkan dengan merujuk kepadanya dan menjadi sebahagian Terma ini. Jika anda mempunyai Akaun Perniagaan, Terma Perniagaan yang disediakan di bawah akan digunakan untuk anda.
  9. CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
    Dengan menghantar sebarang idea, cadangan atau dokumen (“Maklum Balas”) kepada kami, anda bersetuju bahawa (i) Maklum Balas anda tidak mengandungi sebarang maklumat rahsia atau proprietari pihak ketiga, (ii) kami tidak mempunyai kewajipan terhadap kerahsiaan, tersurat atau tersirat berkenaan Maklum Balas tersebut, (iii) kami mungkin mempunyai sesuatu yang serupa dengan Maklum Balas tersebut, yang telah dipertimbangkan atau sedang dalam perkembangan, (iv) kami tidak mempunyai kewajipan untuk menyemak, mempertimbangkan, atau melaksana Maklum Balas, atau mengembalikan kepada anda semua atau sebahagian daripada Maklum Balas tersebut, dan (v) anda memberikan kami lesen yang tidak boleh ditarik balik, yang bukan eksklusif, bebas royalti, berterusan, menyeluruh, boleh diserah hak, boleh disublesen, boleh dipindahkan untuk menggunakan, mengubah suai, menyediakan kerja derivatif, menerbitkan, mengedar dan memberikan sublesen kepada Maklum Balas, dan anda tidak boleh membatalkan penepian dan punca untuk diketepikan terhadap Yelp dan penggunanya mengenai sebarang tuntutan dan dakwaan mana-mana hak moral yang terkandung dalam Maklum Balas tersebut.
  10. KANDUNGAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA
    Perkhidmatan boleh mengehoskan Kandungan Pihak Ketiga, atau menyertakan pautan ke laman web atau aplikasi lain (setiap satu, “Perkhidmatan Pihak Ketiga”). Kami tidak mengawal atau menaja sebarang Kandungan Pihak Ketiga atau Perkhidmatan Pihak Ketiga. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk ketersediaan, ketepatan, atau kandungan bagi apa-apa Kandungan Pihak Ketiga atau Perkhidmatan Pihak Ketiga tersebut. Penggunaan dan kebergantungan anda pada mana-mana Kandungan Pihak Ketiga atau Perkhidmatan Pihak Ketiga adalah atas risiko anda sendiri.
    Sesetengah daripada perkhidmatan yang disediakan melalui Perkhidmatan dan Perkhidmatan Pihak Ketiga mungkin tertakluk kepada terma perkhidmatan tambahan pihak ketiga, dasar privasi, terma dan pendedahan pelesenan, serta lain-lain terma, syarat, dan dasar, termasuk dan tidak terhad kepada terma-terma yang disiarkan di sini. Adalah menjadi tanggung jawab anda untuk membiasakan diri anda dengan mana-mana terma pihak ketiga yang berkenaan.
  11. PAMPASAN
    Anda bersetuju untuk menanggung rugi, mempertahan, dan melindungi Yelp, syarikat induknya, anak syarikat, sekutu, mana-mana syarikat berkaitan, pembekal, pemberi lesen dan rakan kongsi, serta pegawai, pengarah, kakitangan, ejen, kontraktor dan wakil pihak-pihak ini (secara kolektif,“Entiti Yelp”) daripada dan terhadap sebarang dan semua tuntutan, tindakan, permintaan, kerugian, kerosakan, kos, liabiliti dan perbelanjaan pihak ketiga (termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan kos mahkamah) yang timbul daripada atau berkaitan dengan: (i) akses kepada atau penggunaan Perkhidmatan, termasuk Kandungan Anda, (ii) pelanggaran Terma, (iii) pelanggaran pernyataan dan jaminan anda yang diberikan di bawah Terma ini, (iv) sebarang produk atau perkhidmatan yang dibeli atau diperoleh oleh anda berhubung Perkhidmatan ini, (v) produk atau perkhidmatan anda, atau pemasaran atau peruntukan kepada pengguna akhir, atau (vi) pelanggaran anda, atau mana-mana pihak ketiga yang menggunakan Akaun anda, terhadap harta intelek atau hak sebarang individu atau entiti lain. Atas tanggungan anda, Yelp berhak untuk menerima pertahanan dan kawalan eksklusif bagi mana-mana perkara di mana anda dikehendaki untuk melindungi kami dan anda bersetuju untuk bekerjasama dengan pertahanan kami untuk tuntutan-tuntutan ini. Anda bersetuju untuk tidak menyelesaikan mana-mana perkara sedemikian tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Yelp. Yelp akan mengambil usaha-usaha yang wajar untuk memaklumkan anda tentang sebarang tuntutan, tindakan atau prosiding sebaik sahaja perkara ini diketahui.
  12. PENAFIAN DAN BATAS LIABILITI
    SILA BACA SEKSYEN INI DENGAN TELITI KERANA IA MENGEHADKAN LIABILITI ENTITI YELP KEPADA ANDA. SETIAP SUBSEKSYEN DI BAWAH HANYA TERPAKAI SEHINGGA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN. TIADA KANDUNGAN DI SINI YANG BERTUJUAN MENGEHADKAN MANA-MANA HAK ANDA YANG MUNGKIN TIDAK TERHAD MENGIKUT UNDANG-UNDANG. DENGAN MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI, ANDA MENYATAKAN BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA, MEMAHAMI, DAN BERSETUJU DENGAN TERMA INI, TERMASUK SEKSYEN INI. DENGAN BERSETUJU KEPADA TERMA INI, ANDA MELEPASKAN HAK-HAK PERUNDANGAN YANG PENTING.
    1. PERKHIDMATAN DAN KANDUNGAN PERKHIDMATAN DISEDIAKAN KEPADA ANDA ATAS DASAR “SEPERTI ADANYA,” “DENGAN SEMUA KESILAPAN” DAN “SEPERTI YANG TERSEDIA,” DENGAN KEFAHAMAN YANG DINYATAKAN BAHAWA ENTITI YELP MUNGKIN TIDAK MEMANTAU, MENGAWAL ATAU MENYEMAK KANDUNGAN ATAU KANDUNGAN PIHAK KETIGA. OLEH ITU, PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI OLEH ANDA ADALAH ATAS BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI. ENTITI YELP TIDAK MEMBUAT DAKWAAN ATAU JANJI MENGENAI KUALITI, KESEMPURNAAN, KETEPATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN PERKHIDMATAN ITU, KESELAMATAN, ATAU SEKURITI PERKHIDMATAN ITU, TERMASUK TANPA PENGEHADAN KESELAMATAN DATA ANDA, ATAU KANDUNGAN PERKHIDMATAN ITU. OLEH YANG DEMIKIAN, ENTITI YELP TIDAK BERTANGGUNG JAWAB KEPADA ANDA ATAS SEBARANG KECEDERAAN PERIBADI, KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG MUNGKIN BERLAKU, SEBAGAI CONTOH, JIKA PERKHIDMATAN TIDAK BERFUNGSI, KEHABISAN KUASA BATERI ATAU LAIN-LAIN KEROSAKAN PERANTI YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGAKSES PERKHIDMATAN, KETIDAKSEDIAAN PERKHIDMATAN, KELEMAHAN KESELAMATAN ATAU DARIPADA KEBERGANTUNGAN ANDA PADA KUALITI, KETEPATAN ATAU KEBOLEHPERCAYAAN PENYENARAIAN, PENILAIAN, ULASAN PERNIAGAAN (TERMASUK KANDUNGAN ATAU PENINGGALAN KANDUNGAN, PESANAN DAN PAPARAN), METRIK ATAU KANDUNGAN LAIN YANG DITEMUI, DIGUNAKAN, ATAU DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN INI.
    2. ENTITI YELP TIDAK MEMBUAT DAKWAAN ATAU JANJI BERKAITAN MANA-MANA PIHAK KETIGA, MISALNYA PERNIAGAAN ATAU PENGIKLAN YANG TERSENARAI PADA PERKHIDMATAN ATAU YANG MENAWARKAN BARANGAN ATAU PERKHIDMATAN MELALUI PERKHIDMATAN INI ATAU PENGGUNA PERKHIDMATAN INI. OLEH YANG DEMIKIAN, ENTITI YELP TIDAK BERTANGGUNG JAWAB KEPADA ANDA ATAS SEBARANG KECEDERAAN PERIBADI, KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG MUNGKIN BERLAKU DARIPADA MANA-MANA TINDAKAN ATAU PENINGGALAN PIHAK KETIGA TERBABIT, TERMASUK, SEBAGAI CONTOH, SEKIRANYA PENGGUNA ATAU PERNIAGAAN LAIN MENYALAHGUNAKAN KANDUNGAN, IDENTITI ATAU MAKLUMAT PERIBADI ANDA, ATAU SEKIRANYA ANDA MENGALAMI PENGALAMAN NEGATIF DENGAN SALAH SATU DARIPADA PERNIAGAAN ATAU PENGIKLAN YANG TERSENARAI ATAU DITAMPILKAN PADA PERKHIDMATAN INI. PEMBELIAN DAN PENGGUNAAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK KETIGA MELALUI PERKHIDMATAN INI ADALAH ATAS BUDI BICARA DAN RISIKO ANDA SENDIRI.
    3. HAK DAN REMEDI MUTLAK DAN EKSKLUSIF ANDA SEKIRANYA BERLAKU KETIDAKPUASAN HATI DENGAN PERKHIDMATAN INI, PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN BERKAITAN, ATAU MANA-MANA BANTAHAN LAIN ADALAH PENAMATAN DAN PEMBERHENTIAN AKSES ANDA KEPADA, ATAU PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI.
    4. LIABILITI AGREGAT MAKSIMUM ENTITI YELP KEPADA ANDA UNTUK KERUGIAN ATAU KEROSAKAN YANG ANDA ALAMI BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN INI ATAU TERMA INI ADALAH TERHAD KEPADA JUMLAH LEBIH BESAR DARIPADA (i) JUMLAH YANG DIBAYAR, JIKA ADA, OLEH ANDA KEPADA ENTITI YELP BERHUBUNG DENGAN PERKHIDMATAN INI DALAM TEMPOH 12 BULAN SEBELUM TINDAKAN YANG MENIMBULKAN LIABILITI, ATAU (ii) $100 (ATAU MATAWANG TEMPATAN YANG SETARA).
    5. LIABILITI ENTITI YELP MESTI DIHADKAN KEPADA SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG. ENTITI YELP TIDAK AKAN BERTANGGUNG JAWAB KE ATAS SEBARANG (i) KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, KHAS, KEBETULAN, PUNITIF, TELADAN, PERGANTUNGAN ATAU SAMPINGAN, (ii) KERUGIAN KEUNTUNGAN ATAU HASIL, (iii) GANGGUAN PERNIAGAAN, (iv) KEMUDARATAN REPUTASI, (v) KEHILANGAN MAKLUMAT ATAU DATA, ATAU (vi) LIABILITI BERKAITAN DENGAN AMARAN PENGGUNA YANG DISIARKAN PADA MANA-MANA HALAMAN PERNIAGAAN YELP UNTUK PERNIAGAAN ANDA. PENAFIAN DAN BATASAN YANG DINYATAKAN DALAM SEKSYEN 12 AKAN HIDUP DAN TERPAKAI TANPA MENGIRA APA JENIS TINDAKAN, SAMA ADA DALAM KONTRAK, TORT (KECUALI KECUAIAN), LIABILITI YANG KETAT ATAUPUN SEBALIKNYA.
  13. TIMBANG TARA, PERTIKAIAN DAN PILIHAN UNDANG-UNDANG
    1. Jika anda bukan penduduk Eropah:
      1. KECUALI UNTUK TUNTUTAN YANG DIKECUALIKAN: APA-APA TUNTUTAN, SEBAB TINDAKAN, PERMINTAAN UNTUK DILEPASKAN ATAU PERTIKAIAN YANG MUNGKIN TIMBUL ANTARA ANDA DAN YELP (“TUNTUTAN”) MESTI DISELESAIKAN OLEH TIMBANG TARA SECARA INDIVIDU; ANDA DAN KAMI BERSETUJU BAHAWA SETIAP PIHAK BOLEH MEMBAWA ATAU MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TUNTUTAN TERHADAP PIHAK YANG SATU LAGI HANYA DALAM KAPASITI INDIVIDU MASING-MASING, DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU ANGGOTA KELAS DALAM APA-APA KELAS ATAU PROSIDING PERWAKILAN YANG DIMAKSUDKAN. MELAINKAN JIKA KEDUA-DUA ANDA DAN YELP BERSETUJU SEBALIKNYA, PENIMBANG TARA ITU TIDAK BOLEH MENYATUKAN ATAU MENYERTAI TUNTUTAN ORANG ATAU PIHAK YANG SATU LAGI ITU YANG MUNGKIN BERSITUASI SERUPA, DAN ATAUPUN TIDAK BOLEH MEMPENGERUSIKAN APA-APA BENTUK PROSIDING PERWAKILAN ATAU KELAS. ANDA DAN YELP SECARA JELAS MELEPASKAN HAK UNTUK PERBICARAAN OLEH JURI. 
      2. Tuntutan Yang Dikecualikan” bermaksud: (a) Tuntutan yang dibawa oleh anda atau Yelp yang boleh dibawa ke mahkamah tuntutan kecil, jika dibenarkan oleh undang-undang mahkamah itu, atau (b) Tuntutan yang berkaitan kepada harta intelek (seperti hak cipta dan tanda dagangan), pelanggaran Syarat Penggunaan API Yelp (yang mana, untuk kejelasan, ditadbir oleh terma-terma tersebut), atau pelanggaran terhadap Seksyen 7 di atas (Perwakilan dan Waranti). Tuntutan yang Dikecualikan boleh dibawa ke mahkamah. Apa-apa isu yang berkaitan kepada skop dan penguatkuasaan bagi peruntukan timbang tara akan diselesaikan oleh penimbang tara. Jika apa-apa Tuntutan tidak boleh ditimbang tara selaras dengan peruntukan ini, maka hanya Tuntutan itu boleh dibawa ke mahkamah dan semua Tuntutan lain kekal tertakluk kepada timbang tara. Walau apa pun dalam perenggan ini, Tuntutan Perniagaan, seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3 bagi Syarat Tambahan untuk Akaun Perniagaan, adalah ditadbir oleh Seksyen itu. 
      3. Tuntutan yang Dikecualikan dan Tuntutan yang tidak boleh ditimbang tara mesti dibawa ke mahkamah. Undang-undang California akan mentadbir Syarat-syarat ini, (setakat yang tidak terdedah atau tidak konsisten dengan undang-undang persekutuan), serta mana-mana Tuntutan yang Dikecualikan atau Tuntutan yang tidak boleh ditimbang tara, tanpa mengambil kira konflik peruntukan undang-undang. Tuntutan yang Dikecualikan dan Tuntutan yang tidak boleh ditimbang tara adalah tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif di dan di tempat eksklusif bagi mahkamah Negeri dan Persekutuan yang terletak dalam Daerah San Francisco, California dan anda bersetuju kepada bidang kuasa peribadi mahkamah-mahkamah ini bagi tujuan litigasi apa-apa Tuntutan tersebut.
      4. Timbang tara hendaklah ditadbir oleh Persatuan Timbang Tara Amerika (“AAA”) selaras dengan Peraturan Timbang Tara Pengguna ia yang berkuat kuasa pada ketika itu. Untuk maklumat lanjut, layari www.adr.org atau, di Amerika Syarikat, hubungi (800) 778-7879. Timbang tara boleh dijalankan secara bersemuka, menerusi penghantaran dokumen, melalui telefon atau dalam talian. Penimbang tara boleh memberi ganti rugi kepada anda secara peribadi sebagaimana boleh dilakukan oleh mahkamah, termasuk pelepasan deklarasi atau injunksi, tetapi hanya setakat yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan individu anda.
      5. Melainkan jika penimbang tara mendapati bahawa timbang tara itu adalah tidak sepatutnya atau dibawa untuk tujuan yang tidak wajar, Yelp akan membayar semua yuran dan perbelanjaan pemfailan, AAA dan timbang tara. Kami melepaskan apa-apa hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi yuran dan perbelanjaan guaman sehubungan dengan apa-apa timbang tara yang tidak wajar di antara anda dan kami.
    2. Jika anda merupakan penduduk bagi negara yang terletak di EEA atau Switzerland, undang-undang Ireland akan mentadbir Terma ini, serta apa-apa pertikaian yang mungkin timbul di antara anda dan Yelp.
    3. Anda bersetuju kepada apa-apa sepina, permintaan penerokaan pihak ketiga, atau lain-lain proses pihak ketiga yang dihalakan kepada Yelp mesti dikeluarkan dari, atau ditempatankan oleh, mahkamah negeri atau persekutuan berlokasi di Daerah San Francisco, California dan anda bersetuju untuk mengemukakan kepada bidang kuasa setiap mahkamah ini untuk apa-apa prosiding berkaitan.
  14. PENAMATAN
    1. Anda boleh menamatkan Terma ini pada bila-bila masa dengan menutup Akaun anda, menghentikan mana-mana akses kepada atau penggunaan Perkhidmatan ini, dan menyerahkan notis penamatan kepada Yelp di sini.
    2. Kami boleh menutup Akaun anda, menggantung kebolehan anda untuk menggunakan bahagian tertentu Perkhidmatan, menamatkan sebarang lesen atau kebenaran yang diberikan kepada anda di bawah, dan/atau melarang anda sepenuhnya daripada Perkhidmatan ini atas sebarang sebab atau tanpa alasan, dan tanpa sebarang jenis notis atau liabiliti. Sebarang tindakan sedemikian boleh menghalang anda daripada mengakses Akaun anda, Perkhidmatan ini, Kandungan Anda, Kandungan Perkhidmatan, atau mana-mana maklumat berkaitan.
    3. Sekiranya berlaku sebarang penamatan Terma ini, sama ada oleh anda atau kami, Seksyen 1, 3, 5, 7, 15 dari Terma Perkhidmatan akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.
  15. TERMA UMUM
    1. Kami berhak mengubah suai, mengemas kini, atau menamatkan Perkhidmatan mengikut budi bicara mutlak kami, pada bila-bila masa, atas sebarang sebab atau tanpa alasan, dan tanpa notis atau liabiliti.
    2. Kecuali seperti yang dinyatakan sebaliknya dalam Seksyen 10 di atas, tiada kandungan terma ini yang bertujuan, atau dianggap memberikan hak atau remedi kepada pihak ketiga.
    3. Terma ini mengandungi keseluruhan perjanjian antara anda dan kami mengenai penggunaan Perkhidmatan, dan menggantikan sebarang perjanjian sebelum ini antara anda dan kami berkaitan hal tersebut. Pihak-pihak mengakui bahawa tiada pergantungan yang diletakkan pada sebarang pernyataan yang dibuat tetapi tidak terkandung dalam Terma ini.
    4. Sebarang kegagalan di pihak Yelp untuk melakukan atau menguatkuasa mana-mana hak atau peruntukan Terma ini tidak membentuk pelepasan bagi hak atau peruntukan tersebut. Kegagalan mana-mana pihak untuk melakukan mana-mana hak yang dinyatakan di sini tidak boleh dianggap sebagai pelepasan sebarang hak tambahan di bawah. Terma ini tidak boleh diketepikan, kecuali sejajar dengan penulisan yang dilaksana oleh Yelp.
    5. Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Terma ini didapati tidak boleh dikuatkuasa atau tidak sah oleh timbang tara atau mahkamah bidang kuasa yang berwibawa, hanya peruntukan tersebut yang boleh diubah suai untuk menggambarkan niat pihak-pihak ini atau dihapuskan hingga ke setakat minimum yang diperlukan agar Terma ini tetap berkuat kuasa sepenuhnya dan boleh dijalankan.
    6. Terma ini, dan mana-mana hak atau kewajipan di bawah, tidak boleh diserahkan, dipindah milik atau disublesen oleh anda kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Yelp, tetapi boleh diserahkan atau dipindah milik oleh kami tanpa sekatan. Sebarang percubaan penyerahan yang anda lakukan adalah melanggar Terma ini dan tidak sah.
    7. Anda bersetuju bahawa tiada usaha sama, perkongsian, pengupahan, agensi, hubungan istimewa atau fidusiari yang wujud antara anda dan Yelp sebagai kesan daripada Terma ini atau penggunaan Perkhidmatan ini.
    8. Tajuk seksyen dalam Terma ini adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak mempunyai kesan undang-undang atau kontrak.

Hak Cipta © 2020 Yelp Inc., 140 New Montgomery Street, San Francisco, CA 94105, U.S.A., Hubungi.

TERMA TAMBAHAN UNTUK AKAUN PERNIAGAAN

Kali Terakhir Dikemas Kini pada 13hb Disember 2019.

Terma-terma berikut (“Terma Perniagaan”), sebagai tambahan kepada Terma Perkhidmatan di atas, mengawal akses dan penggunaan Akaun Perniagaan anda. Sekiranya berlaku sebarang konflik antara Terma Perniagaan ini dan Terma Perkhidmatan, Terma Perniagaan akan diguna pakai. Sekiranya anda pernah membeli produk atau perkhidmatan daripada Yelp bagi pihak perniagaan anda (cth., alat pengiklanan atau perniagaan), terma-terma pembelian tersebut diguna pakai sekiranya berlaku sebarang konflik dengan Terma Perniagaan ini. Perkataan berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan dalam Terma Perniagaan ini mempunyai makna yang dihuraikan dalam Terma Perkhidmatan. Dengan mewujudkan, mengakses atau menggunakan Akaun Perniagaan anda, anda bersetuju dengan Terma Perniagaan ini dan melakukan kontrak muktamad yang sah antara anda dan Yelp. Anda tidak dibenarkan untuk mewujudkan, mengakses atau mengunakan Akaun Perniagaan jika anda tidak bersetuju dengan Terma Perniagaan ini.

SILA BACA TERMA PERNIAGAAN INI DENGAN TELITI KERANA IA MEMERLUKAN PENGGUNAAN TIMBANG TARA MENGIKUT ATAS DASAR INDIVIDU UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN, DAN BUKANNYA PERBICARAAN ATAU TINDAKAN KELAS, DAN JUGA MEMBATASI REMEDI YANG TERSEDIA KEPADA ANDA SEKIRANYA BERLAKU PERTIKAIAN.

Sekiranya berlaku sebarang penamatan Terma Perniagaan ini, sama ada oleh anda atau kami, seluruh Terma Perniagaan ini akan terus berkuat kuasa sepenuhnya.

  1. SYARAT-SYARAT, PERWAKILAN DAN WARANTI

    1. Untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan itu, anda bersetuju bahawa:

      1. anda mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak perniagaan atau perniagaan yang berkaitan dengan atau yang telah dituntut menerusi Akaun Perniagaan anda dan mengikat apa-apa perniagaan berkenaan (termasuk apa-apa entiti perniagaan yang sepadan) kepada Terma Perniagaan itu (perniagaan atau perniagaan-perniagaan sedemikian disebut sebagai “Perniagaan” anda);

      2. akses anda kepada atau penggunaan Tapak Perniagaan adalah dalam kapasiti anda sebagai wakil sah bagi Perniagaan anda;

      3. anda tidak akan menggunakan Tapak Pengguna untuk aktiviti perniagaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada menandakan ulasan atau mengirim pesanan kepada mereka yang telah memberi ulasan untuk Perniagaan anda;

      4. Perniagaan anda mematuhi undang-undang berkenaan dan tidak menawarkan, mengiklan, menjual atau menyewakan produk dan/atau perkhidmatan yang menyalahi undang-undang;

      5. anda memberikan Yelp lesen terhad tidak boleh pindah milik, bukan eksklusif, bebas royalti untuk memaparkan laman web awam anda di Perkhidmatan itu, atau membenarkan paparannya menerusi iframes atau lain-lain teknologi kerangka;

      6. anda bersetuju bahawa kami boleh menghubungi anda, termasuk melalui telefon atau e-mel, menggunakan maklumat hubungan yang anda berikan kepada kami, jadikan ia tersedia kepada awam atau yang kami ada dalam rekod untuk perniagaan anda, dan bahawa komunikasi kami (termasuk panggilan telefon) dengan anda boleh dipantau dan dirakam bagi tujuan kualiti;

      7. anda memahami bahawa kami boleh memaparkan maklumat skor kesihatan untuk Perniagaan anda dan boleh menempatkan Amaran Pengguna berkaitan skor kesihatan itu, di laman perniagaan untuk Perniagaan anda itu;

      8. Anda memahami dan bersetuju bahawa kami boleh berkongsi maklumat beragregat ataupun tanpa pengenalan tertentu mengenai respon anda kepada prospek Permintaan Sebut Harga dengan lain-lain Perniagaan, sebagai contoh, bilangan jumlah Perniagaan yang memberi respon kepada prospek itu dan kelajuan respon itu; dan

      9. Anda memahami dan mengakui bahawa fasal-fasal tidak menghina di bawah kontrak-kontrak pengguna yang tertentu, misalnya fasal yang bertujuan menyekat atau menghalang ulasan (termasuk peruntukan yang mengenakan denda kepada pengguna kerana menyiarkan ulasan) mengenai Perniagaan anda, adalah dilarang di bawah undang-undang California (Kanun Sivil Cal. § 1670.8) dan di bawah Akta Keadilan Ulasan Pengguna persekutuan (Kanun A.S. Judul 15 § 45b) dan anda bersetuju bahawa anda tidak akan menyertakan fasal-fasal sedemikian dalam kontrak pengguna anda, atau cuba untuk menguatkuasa fasal tidak menghina atau fasal ‘gag’ terhadap pengguna di bawah sebarang keadaan. Anda memahami bahawa kami boleh secara awam memaklumkan pengguna, termasuk dengan menempatkan Amaran Pengguna di laman perniagaan untuk Perniagaan anda, jika kami percaya dengan niat baik bahawa fasal sedemikian digunakan oleh Perniagaan anda.

    2. Anda menyatakan dan menjamin bahawa anda tidak akan membenarkan atau mendorong mana-mana pihak lain, untuk:

      1. menawarkan sebarang jenis insentif, misalnya diskaun, hadiah percuma, bayaran balik, kad hadiah, penyertaan pertandingan, tawaran, atau urus janji sebagai tukaran untuk mengemukakan ulasan untuk Perniagaan anda, atau untuk mencegah atau memadamkan ulasan, dan anda memahami dan mengakui bahawa Yelp, melalui Amaran Pengguna, boleh memaklumkan pelanggan secara umum tentang insentif sedemikian dan percubaan-percubaan lain untuk memperoleh, mencegah atau memadamkan ulasan;

      2. memohon atau meminta ulasan daripada pelanggan anda;

      3. menulis ulasan atau mengundi untuk Kandungan (cth., mengundi ulasan pengguna sebagai berguna, kelakar atau menarik) untuk Perniagaan anda atau pesaing Perniagaan anda;

      4. membayar atau mendorong sesiapa untuk menyiarkan, tidak menyiarkan atau memadamkan ulasan, atau percubaan untuk memintasi Perisian Cadangan Yelp (ditakrifkan di bawah) atau sistem pengesanan penipuan;

      5. percubaan untuk menjana tanggapan iklan, permintaan, penukaran, klik iklan atau tindakan-tindakan lain yang automatik dan palsu;

      6. menggunakan cara-cara atau kaedah automatik untuk pengikisan atau pengekstrakan data untuk mengakses, bertanya atau mengumpul data Yelp, kandungan dan/atau ulasan dari Tapak Pengguna atau Tapak Perniagaan, kecuali dibenarkan dengan nyata oleh Yelp (sebagai contoh, seperti yang dihuraikan di www.yelp.com/robots.txt);

      7. menggunakan mana-mana tanda dagangan atau tanda perkhidmatan Yelp dalam apa-apa cara tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Yelp; atau

      8. memalsukan identiti atau hubungan anda kepada sesiapa sahaja berkaitan dengan Yelp.

    3. Anda memahami dan mengakui bahawa Yelp membenarkan pengguna untuk menyiarkan Kandungan mengenai Perniagaan anda, termasuk gambar, penilaian dan ulasan. Anda memahami dan mengakui bahawa Yelp menggunakan perisian automatik dalam usaha untuk mempamerkan ulasan yang paling dipercayai dan berguna sambil memaparkan ulasan yang kurang menonjol (“Perisian Cadangan”). Anda memahami dan mengakui bahawa walaupun Yelp menggunakan Perisian Cadangannya untuk mengenal pasti ulasan yang berpotensi kurang membantu, adakalanya Perisian Cadangan ini mungkin menyekat ulasan sah atau gagal mengesan ulasan yang tidak sah. Anda memahami dan mengakui bahawa sebarang pembelian pengiklanan atau ciri berbayar lain daripada Yelp tidak akan mempengaruhi Perisian Cadangan atau membenarkan atau membolehkan Anda, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengubah ulasan atau memberi kesan kepada tempat atau cara ulasan dipaparkan dalam Yelp.

      Seksyen 2 Dan 3 Berikut terpakai jika anda bukan penduduk Eropah sahaja:

  2. PENAFIAN DAN PENGEHADAN LIABILITI
    SILA BACA SEKSYEN INI DENGAN TELITI KERANA IA MENGEHADKAN LIABILITI ENTITI YELP KEPADA ANDA. UNTUK PENJELASAN, PENERANGAN DI BAWAH DIGUNA PAKAI SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA PENAFIAN DAN PENGEHADAN LIABILITI YANG DIPERINCIKAN DALAM SEKSYEN 12 TERMA INI.
    Akta Kesopanan Komunikasi persekutuan (Kanun A.S. Judul 47 § 230) mengehadkan liabiliti perkhidmatan komputer interaktif, seperti Yelp, untuk peranan mereka dalam menerbitkan Kandungan pihak ketiga, termasuk ulasan pengguna. Selain itu, undang-undang anti-SLAPP, misalnya Kanun Prosedur Sivil California § 425.16 di California, mungkin memerlukan anda untuk membayar yuran guaman Yelp sekiranya anda cuba mengenakan liabiliti sedemikian terhadap Yelp melalui prosiding perundangan.

  3. TIMBANG TARA, PERTIKAIAN DAN PILIHAN UNDANG-UNDANG
    UNTUK KEJELASAN, SEKSYEN INI MENTADBIR APA-APA TUNTUTAN PERNIAGAAN YANG DIBAWA OLEH ANDA ATAU YELP, APA-APA TUNTUTAN TIDAK TERTAKLUK KEPADA SEKSYEN INI SEBALIKNYA DITADBIR OLEH SEKSYEN 13 BAGI TERMA INI.

    Kecuali untuk Tuntutan Perniagaan yang Dikecualikan, apa-apa kontroversi atau tuntutan yang timbul atau berkaitan dengan: (a) Terma ini atau pelanggarannya; atau (b) akses kepada atau penggunaan Tapak Perniagaan Akaun Perniagaan anda; (setiap kontroversi atau tuntutan itu, adalah “ Tuntutan Perniagaan”), hendaklah diselesaikan oleh timbang tara yang ditadbir oleh Persatuan Timbang Tara Amerika sejajar dengan Peraturan Timbang Tara Komersial dan penghakiman mengenai keputusan yang diberikan oleh timbang tara boleh dibuat di mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tersebut. Penimbang tara akan mengeluarkan keputusan bersebab secara bertulis, termasuk semua dapatan fakta dan undang-undang di mana keputusan tersebut dibuat. Penimbang tara tidak mempunyai kuasa untuk melakukan kesilapan undang-undang, dan keputusan boleh dibatalkan atau dibetulkan melalui semakan kehakiman oleh mahkamah bidang kuasa yang kompeten di bawah Akta Timbang Tara California untuk sebarang kesilapan sedemikian. “Tuntutan Perniagaan yang Dikecualikan” bermaksud Tuntutan berkaitan kepada harta intelek (seperti hak cipta dan tanda dagangan) atau pelanggaran Seksyen 7 bagi Terma Perkhidmatan (Perwakilan dan Waranti).

    Tuntutan Perniagaan hendaklah didengar oleh seorang penimbang tara. Timbang tara akan diadakan di San Francisco, California, tetapi pihak-pihak yang terlibat boleh memilih sama ada untuk hadir sendiri, menerusi telefon atau melalui penyerahan dokumen. Timbang tara hendaklah dikawal oleh undang-undang Negeri California. Pihak yang berkuasa ini berhak menerima yuran guaman yang berpatutan.

    TANPA MENGAMBIL KIRA APA-APA YANG DI ATAS, BAGI SEBARANG TUNTUTAN PERNIAGAAN YANG TIDAK TERTAKLUK KEPADA TIMBANG TARA, TERMASUK TANPA BATASAN TUNTUTAN PERNIAGAAN YANG DIKECUALIKAN, ANDA BERSETUJU UNTUK MENERIMA DAN MEMBERI KEIZINAN KEPADA BIDANG KUASA PERIBADI DAN EKSKLUSIF, SERTA TEMPAT EKSKLUSIF DI MAHKAMAH NEGARA DAN PERSEKUTUAN YANG TERLETAK DI DAERAH SAN FRANCISCO, CALIFORNIA, YANG MERUPAKAN TEMPAT MENJALANKAN TERMA PERNIAGAAN INI.

    ANDA DAN YELP BERSETUJU BAHAWA SETIAP DARIPADA ANDA BOLEH MEMBUAT ATAU MENYERTAI TUNTUTAN PERNIAGAAN TERHADAP PIHAK LAIN HANYA DALAM KAPASITI MEREKA YANG TERTENTU, DAN BUKAN SEBAGAI PLAINTIF ATAU AHLI KELAS DALAM SEBARANG KELAS BERTUJUAN ATAU PROSIDING WAKIL. MELAINKAN ANDA DAN YELP BERSETUJU SEBALIKNYA, PENIMBANG TARA TIDAK BOLEH MENGUKUHKAN ATAU MENYERTAI TUNTUTAN PERNIAGAAN INDIVIDU ATAU PIHAK LAIN DALAM KEADAAN YANG SAMA, DAN TIDAK BOLEH MENGAWAL MANA-MANA BENTUK PROSIDING WAKIL ATAU KELAS. JIKA SUATU TUNTUTAN PERNIAGAAN MEMBABITKAN SEKSYEN INI, DAN SEKSYEN INI DIDAPATI TIDAK SAH, TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN ATAU MENYALAHI UNDANG-UNDANG OLEH MAHKAMAH, TUNTUTAN PERNIAGAAN SEDEMIKIAN MESTILAH DIPUTUSKAN OLEH MAHKAMAH DAN BUKAN OLEH PENIMBANG TARA.

Hak Cipta © 2020 Yelp Inc., 140 New Montgomery Street, San Francisco, CA 94105, U.S.A., Hubungi